KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Washington, Amerika Syarikat (AS) bagi menghadiri Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Kumpulan Bank Dunia (WBG) pada 17-19 April, 2024.
Kementerian Kewangan (MoF) dalam kenyataannya hari ini berkata mesyuarat bersama itu merupakan platform membincangkan hal ehwal berkaitan hubungan dua hala dan pelbagai hala Malaysia dengan WBG dan IMF serta negara anggota terbabit.
"Negara-negara anggota juga akan berkongsi pendapat berhubung pelaksanaan strategi dan dasar negara masing-masing bagi menangani isu-isu semasa ekonomi serta kewangan global dalam sidang plenari dan sesi perbincangan semasa Mesyuarat Mengenai Persefahaman Tindakan Iklim Menteri-Menteri Kewangan (CFMCA).
"Penyertaan Malaysia dalam Mesyuarat Musim Bunga IMF dan WBG ini penting sejajar dengan komitmen berterusan Malaysia dalam usaha menggiatkan pertumbuhan secara bersama, khususnya perkembangan ekonomi serantau dan global," katanya.
Dalam pada itu, Amir Hamzah berkata sejajar usaha tindakan perubahan iklim global, Malaysia menyasarkan untuk mencapai keseimbangan melalui pelaksanaan mekanisme penetapan harga bahan api bersesuaian.
Beliau berkata ini bagi mendorong penggunaan tenaga lebih cekap dan peralihan kepada tenaga boleh baharu, namun pada masa sama turut mengambil kira impak sosioekonomi terhadap rakyat.
"Pendekatan ini sejajar dengan komitmen Malaysia untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dan menggalakkan amalan lestari tanpa membebankan rakyat," katanya.
Selain berkongsi dan bertukar pandangan dengan ketua delegasi negara-negara anggota lain mengenai perkembangan ekonomi negara dan global menerusi mesyuarat-mesyuarat dua hala dijadualkan, beliau akan turut menemui pegawai kanan IMF dan WBG untuk membincangkan hala tuju program dan aktiviti dilaksanakan di bawah kerjasama Malaysia dengan dua pihak itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 18 2024
Amir Hamzah berkata sejajar usaha tindakan perubahan iklim global, Malaysia menyasarkan untuk mencapai keseimbangan melalui pelaksanaan mekanisme penetapan harga bahan api bersesuaian. - Foto Bernama
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Prestasi Bursa Malaysia capai paras tertinggi bukti kerangka Ekonomi Madani pacu keyakinan pelabur - Amir Hamzah
Prestasi Bursa Malaysia yang mencecah paras tertinggi membuktikan langkah di bawah kerangka Ekonomi Madani terus memacu keyakinan pelabur.
Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, Bank Dunia di Washington
Amir Hamzah mengetuai delegasi Malaysia ke Washington, Amerika Syarikat bagi menghadiri Mesyuarat Musim Bunga IMF dan Kumpulan Bank Dunia.
Amir Hamzah ketuai delegasi ke mesyuarat bersama pelabur di New York
Menteri Kewangan II Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke mesyuarat bersama pelabur di New York, Amerika Syarikat dari 14 April hingga 16 April, 2024.
'Saya seorang teknokrat, bukan ahli politik' - Amir Hamzah
"Saya tidak berjuang untuk menawan mana-mana kerusi (Parlimen) kerana ini tiada dalam DNA (genetik) keluarga saya."
Tatakelola baik penting untuk kerajaan jayakan pelaksanaan dasar - Amir Hamzah
Tatakelola yang baik adalah penting bagi Kerajaan Perpaduan untuk menjayakan pelaksanaan pelbagai dasar.
Rombakan Kabinet: Amir Hamzah mulakan tugas Menteri Kewangan II selepas angkat sumpah
Amir Hamzah yang merupakan bekas CEO KWSP adalah teknokrat kedua dilantik menggalas tanggungjawab di Kementerian Kewangan dengan berlatar belakang korporat.
Kabinet Baharu Kerajaan Perpaduan: Lima Menteri, lima Timbalan Menteri selesai angkat sumpah
Kesemua lima menteri baharu Persekutuan selesai mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia, Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al Mustafa Billah Shah.
Rombakan Kabinet: Lantikan ahli korporat jadikan kementerian bebas tekanan politik - PM
Kementerian Kewangan perlu memberi tumpuan pada ekonomi dan tidak dicerminkan oleh tekanan politik, kata PM Anwar.
PM Anwar ke Istana Negara 2.30 petang ini
Perdana Menteri juga akan mengadakan sidang media mengenai rombakan Kabinet pada pukul 11 pagi ini.
Mubarak sokong wujudkan Menteri Kewangan II
Katanya, jika jawatan itu wujud, tidak timbul masalah bagi PM untuk terus kekal sebagai Menteri Kewangan walaupun berdepan jadual padat.